Wednesday, October 29, 2008

aku bosan.......

kenapa bosan?

apa nak buat bila bosan?
biasanya aku akan makan banyak. tapi sekarang ni kat kantin makanan tak berapa cukup. dah nak habis kontrak ni, mcm2 hal la yang ada.tido? bukan jenis aku la bila takde kerja je tido. apa yang aku suka buat bila bosan? aku suka menyanyi, merayau, baca novel, baca majalah...lagi satu, aku suka baca sms yang dah outdated. menconteng pun ye juga. aku ambik je kertas kosong, lukis je apa yang aku nak, tulis madah ke, buat design yg kononnya abstract di mata seni ku (chewah...) yang penting boleh buat aku lepas dari rasa bosan..
aku tengah dilema skrg. member2 ajak ambik kursus dalam perkhidmatan(kdp) kat IPBA. setahun. sambil2 buat reunion ex UIA, pastu buat part time kat JUSCO. ntah apa2 ntah. yang empunya diri ni pula, dah pasang cita2 nak sambung master... mana lagi best ek? lagi berbaloi untuk aku...pening otak.
apa2 pun, aku nak buat sesuatu untuk ubah diri aku..... doakan aku Tanjah....








Wednesday, October 15, 2008

susahnya...

amat susah nak update blog on time skrg. sibuk dengan mcm2 kerja. tambahan pula, laptop dah di pow oleh adik, terpaksa la merempat guna laptop subsidi kerajaan..
tu satu hal.
yang kedua hal, susahnya nak borak dengan sorang kawan ni. htr sms pun tak berbalas. sibuk sangat ke dia? kredit abis ke? ntah la, tak tau nak ckp apa.
yang ketiga hal, takziah untuk seorang sahabat aku yang baru saja kehilangan ayah tersayang. semoga terus tabah mengharungi hidup. Alfatihah...
yang keempat, emmm... tak de pa pe la... nak masuk kelas dah...

Wednesday, October 8, 2008

EID- AL MUBARAK

salam... selamat hari raya. rasanya tak terlambat lagi untuk aku ucapkan selamat hari raya kepada semua. tapi raya thn ni skjp je. raya ke4 dah start sekolah. mcm tergopoh- gopoh je.. bila lps raya ni, banyak la kuih- muih serta jamuan hari raya. kenduri kawen toksah ceghita la.. berat badan pun dah makin bertambah. rasanya dah 90kg kot skrg. dah la lama tak bersukan....
bebudak sek pun dah start nak exam. PMR dah dekat, SPM juga. harap2 anak muridku ini berjaya la dalam langkah pertama menjadi orang dan anggota masyarakat.
kepada kawan2 yang jauh dimata dekat dihati, minta maaf zahir batin. kawan2 yg di depan mata, ampuni aku....Dr. Hanin di Kuantan, Cg. cik sharifah Hafezrena di Johor (aku sayang dia ni ha ha..) Pensyarah2 unit bahasa inggeris di IPTI, larkin...selamat hari raya. chow....

Thursday, September 25, 2008

SELAMAT HARI RAYA...

sedar tak sedar, dah 25 hari dah puasa berlalau. alhamdulillah.. semuanya berjalan dengan lancar.. tak lama lagi nak sambut raya. jadi ,di kesempatan ini, aku nak ucap selamat hari raya kepada semua kawan- kawan satu UIA dulu: hasyim, tear, rahman, john, zaim, norsazliyani, midi, kabir, rosli, bawang, mawie, shay, bard, rozack, ahya dan amal, haryati, mai, haines dan isteri, ila, umi dan ramai lagi... kepada doktor Haneen, sorry for everything. selamat bertugas dengan cemerlang. kepada cik sharifah Hafezrena yg sentiasa di hati... selamat menyambut syawal dengan penuh kesyukuran.
insya allah aku akan lebih rajin post agenda harian aku di blog sempoi ni... oh ya, Maaf zahir dan batin...

Monday, September 1, 2008

ihya' ramadhan...

ramadhan al mubarak buat semua... cikgu2 di SMK manek urai; Tn. Din (smart) wan zin, lini ramai lg. walaupun puasa, diharap tak mengganggu tumpuan kpd pelajar.. selamat maju jaya juga kepada semua bebudak form 5 yang start trial SPM hr ni..
bila dah puasa, teringat balik kenangan zaman kecik2. korang takyah la tipu kalau korang ckp tak pernah pun tipu puasa, sembunyi2 minum air, makan megi (ha ha) tak pun sengaja berendam dalam sungai. tp yg paling best bagi aku masa puasa ialah mak mesti masak sedap2, kuih pun banyak. bila time terawikh pula, siap ada moreh lagi.. niat kena betul beb, gi masjid utk terawikh, bkn utk curi selipar atau makan..
kalau ada yang blm ganti (tak ganti lagi?)kena bayar dam ooo... lu pikir aa sendiri... (sedapnya ikan keli percik..)
dr hanin, puasa sorang2 ye kat temerloh? sian... Cik Sharifah? take care... harap langit akan lebih biru...

Thursday, August 28, 2008

terima kasih....

terima kasih sebab test blog ini dr.hanin. ha ha ha.. selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke 51. bermakna cuti sek tiga hari. lapang kejap kepala otak, tanpa perlu memikirkan tentang sekolah dan pelajar2. tapi cuti pun tak best juga.. tak dapat buat pa pe pun. tak de program..
selamat menyambut kedatangan Ramadhan juga kepada seluruh umat islam; kawan2 lama, cik sharifah hafezrena, dr hanin, haines, tear dan semua la.. ponteng puasa? jangan le woi, dah tua...
ha ha ha.. chow..

Wednesday, August 27, 2008

Testing.. Testing...

This is a test-mode..